ADTEC Batu Pahat, 22 Mei 2023 - Perhimpunan bulanan kakitangan bulan Mei 2023 anjuran bersama Bahagian Kawalan Kualiti Latihan dan Bahagian Pengajian Umum telah berlangsung di Dewan Seri Nilam pada 17 Mei 2023. Perhimpunan yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Faridhilmi bin Muslimin sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu rasmi dan bacaan ikrar perkhidmatan awam yang dipimpin oleh En. Mohd Azrul bin M. Said.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah, penyerahan sumbangan oleh KSKK, tayangan video dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan video tiktok raya.
Program pada hari tersebut turut diisi dengan taklimat induksi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang disampaikan oleh Encik Mohammad Jailani bin A Jamil, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) ADTEC Batu Pahat.
-- Gambar --