ADTEC Batu Pahat, 1 April 2022 - Warga ADTEC Batu Pahat tidak melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma menerusi program CSR KPJ Batu Pahat Specialist Hospital yang berlangsung di lobi utama ADTEC Batu Pahat pada 30 Mac 2022. Program separuh hari yang bermula pada jam 9.00 pagi ini membolehkan warga ADTEC Batu Pahat untuk memeriksa tekanan darah, gula dalam darah, saringan DASS dan mendapatkan konsultansi percuma bersama pakar pemakanan (Dietician) dan pakar psikiatrik. Pada masa yang sama, telah berlangsung juga ceramah kesihatan di Dewan Seri Nilam menerusi perkongsian doktor pakar tulang iaitu Dr. Ezat Samadi. Program CSR ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial oleh pihak hospital bagi memberi kesedaran dan informasi berguna kepada masyarakat. Terima kasih KPJ Batu Pahat Specialist Hospital.
-- Gambar Sekitar Program --
![]() |
![]() |