msen

Program Jom Baca Bersama 10 Minit Serentak Seluruh Negara


ADTEC Batu Pahat, 22 Mei 2023
 - Program Jom Baca Bersama 10 Minit dengan tema "Baca Bina Insan" telah diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mei, baru-baru ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal membaca selama 10 minit. Pusat Sumber ADTEC Batu Pahat turut tidak ketinggalan untuk mengajak seluruh warga ADTEC Batu Pahat untuk membaca selama 10 minit dalam program yang bermula pada jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Selain aktiviti Membaca Bersama 10 Minit, berapa aktiviti lain turut dijalankan oleh Pusat Sumber seperti bacaan sinopsis buku, bacaan sajak, pertandingan swafoto membaca dan program kerjasama Jom Membaca dengan TABIKA KEMAS ADTEC Batu Pahat.

 

-- Gambar --