ADTEC Batu Pahat, 15 Mac 2022 - Program motivasi kepada pelajar-pelajar Kursus Komputer Rangkaian telah berlangsung di Dewan Seri Nilam hari ini. Seramai 87 orang pelajar dan beberapa orang pengajar telah turut serta.
Program yang berlangsung selama hampir 3 jam ini mengupas topik Motivasi Pelajar Hebat "BANGKIT" yang disampaikan oleh Ustaz Zuhairy bin Zolkiple. Beliau merupakan pensyarah daripada Kolej Pengajian Tinggi Islam al Insaniah, Muar, Johor. Semoga pengisian ceramah kali ini dapat memberi kesedaran dan membangkitkan motivasi dalam diri pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian yang telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat untuk para pelajar.
-- Gambar Sekitar Program --
![]() |
![]() |