msen

Sambutan Hari Raya dan Hari Pengajar di ADTEC Batu Pahat


ADTEC Batu Pahat, 22 Mei 2023
 - Perhimpunan pelajar bersama Pengarah bagi bulan Mei 2023 telah diadakan bersekali dengan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pengajar ADTEC Batu Pahat di Dewan Makan Pelajar pada 17 Mei 2023, baru-baru ini. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan persiapan gerai dan makanan oleh para pelajar sebelum diteruskan dengan ceramah motivasi 'Keramat Yang Tersimpan' sempena Hari Pengajar yang disampaikan oleh kaunselor ADTEC Batu Pahat.

Sambutan majlis hari raya bermula sebaik sahaja ketibaan Pengarah dan kakitangan pada jam 11.00 pagi. Pelbagai acara dijalankan bagi memeriahkan sambutan hari raya kali ini seperti pertandingan gerai tercantik, pertandingan menganyam ketupat, pertandingan king & queen of students, bacaan marhaban, persembahan live band dan cabutan bertuah

 

-- Gambar --