msarenja

 

 

Pengenalan


Program Diploma Teknologi Elektronik (VL02) dibangunkan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:

  • membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
  • membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
  • merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB).
  • mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
  • membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller.
  • menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek/grafik.
  • menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi

 

Syarat Kelayakan


SYARAT AM KEMASUKAN :

1. Warganegara Malaysia
2.  Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

SYARAT KHAS KURSUS :

1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
2. Memiliki SPM dengan:
    (a) Lulus Bahasa Melayu;
    (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
    (c) Lulus Sejarah ; dan
    (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)

 

Kaedah & Tempoh Latihan


1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
2. Tempoh latihan ialah 3 Tahun (5 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri) 

 

Yuran Pengajian


1. Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun 
2. Yuran Asrama - RM 616.00 setahun 
3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

 

Pinjaman Latihan


Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

 

Persijilan


Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu :

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
2. Diploma Teknologi Elektronik - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

 

Peluang Kerjaya


Graduan program Diploma Teknologi Elektronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai

  • Technologist in Electronic Industry
  • R & D Technician
  • QA / QC Technician
  • Test Technician
  • Electronic Assembly Technician
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  • Lain-lain pekerjaan berkaitan.

 

Struktur Program


Kurikulum Diploma Teknologi Elektronik (VL02) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 1 Semester 2 Semester 3
  • Engineering Drawing
  • Measurement Instrument
  • Equipment Troubleshooting
  • Basic Electronic
  • Basic Electrical
  • Analog Electronic
  • Digital Electronic
  • Equipment Installation
  • Electronic Appliance Repair
  • Hydraulic And Pneumatic System
  • Preventive Maintenance
  • Corrective Maintenance
  • Microcontroller
  • Electronic Circuit Design
  • Programmable Logic Controller

 

Semester 4 Semester 5 Semester 6
  • Equipment Management
  • Product Improvement
  • Supervisory
  • Quality Control
  • Electric Machine
  • Product Quality Assurance 
  • Final Year Project 1
  • Automation System
  • Human Resource Management
  • Final Year Project 2
  • Latihan Industri

 

Kemudahan/ Fasiliti


Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah :

  • Makmal CAD DRAFTING
  • Makmal CBT
  • Makmal Fault Finding
  • Makmal PLC
  • Makmal Sensor
  • Makmal Microcontroller
  • Makmal Elektrorik Sistem
  • Makmal Pneumatik
  • Makmal Hydraulik
  • Makmak Elektrikal
  • Makmal Automation Control
  • Makmal Fabrikasi
  • Makmal Analog
  • Makmal Digital
  • Bilik Seminar

 

Pengambilan Pelajar


Pengambilan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun (kemasukan sesi Januari dan Julai) 

Sesi Januari:

Sesi Julai:

  • Secara atas talian (online) di laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://upu.mohe.gov.my
  • Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN, ATM dan juga SMS Banking.