msarenja

 

 

Pengenalan


Program Diploma Teknologi Mekatronik (VL12) diwujudkan bagi memenuhi keperluan meluas pekerja mahir dalam pelbagai sektor industri. Bidang ini menggabungkan latihan dalam bentuk teori dan praktikal yang mengandungi 3 disiplin utama iaitu mekanikal, elektrikal & elektronik serta kawalan aturcara. Pelajar akan didedahkan secara mendalam berkaitan komponen asas elektrikal & elektronik, motor, sensor, mikropengawal, Programmable Logic Controller(PLC), komponen pneumatik dan hidraulik, rekabentuk komponen mekanikal dan pengaturcaraan sistem kawalan. Di akhir program, pelajar dijangka akan dapat menguasai kemahiran merekabentuk, memasang, mengaturcara dan menyelenggara sistem automasi industri seperti sistem berasaskan PLC dan industrial robotic arm.

 

Syarat Kelayakan


SYARAT AM KEMASUKAN :

1. Warganegara Malaysia
2.  Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

SYARAT KHAS KURSUS :

1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
2. Memiliki SPM dengan:
    (a) Lulus Bahasa Melayu;
    (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
    (c) Lulus Sejarah ; dan
    (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)

 

Kaedah & Tempoh Latihan


1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
2. Tempoh latihan ialah 3 Tahun (5 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri) 

 

Yuran Pengajian


1. Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun 
2. Yuran Asrama - RM 616.00 setahun 
3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

 

Pinjaman Latihan


Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

 

Persijilan


Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu :

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
2. Diploma Teknologi Mekatronik - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

 

Peluang Kerjaya


Graduan program Diploma Teknologi Mekatronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai

  • Penolong Jurutera/Juruteknik Sistem Mekatronik (Mechatronic System Assistant Engineer/Technician)
  • Penolong Jurutera/Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Assistant Engineer/Technician)
  • Pengaturcara Sistem Automasi (Automation System Programmer)
  • Juruteknik Pembuatan/Pengeluaran (Manufacturing/Production Technician)
  • Penyelia/Juruteknik Bahagian (Line Supervisor/Technicion)
  • Penyelia/Operator Mesin (Machine Supervisor/Operator)
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Vocational Training Assistant Officer)
  • Lain-lain pekerjaan berkaitan.

 

Struktur Program


Kurikulum Diploma Teknologi Mekatronik (VL12) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 1 Semester 2 Semester 3
  • Technical Drawing
  • Electrical and Electronic Assembly
  • Mechanical Assembly
  • Pneumatic and Hydraulic
  • Basic PLC Programming
  • Mechanical Workshop Practice
  • Engineering Drawing (CAD)
  • Electrical and Electronic System Assembly
  • Mechanical System Assembly
  • Automation Systems Calibration
  • Electro-pneumatic and Electro-hydraulic System
  • Automation System Maintenance
  • Electrical Motor
  • Advance PLC
  • Supervisory
  • Industrial Robot
  • Computer Programming

 

Semester 4 Semester 5 Semester 6
  • Automation System Design
  • Equipment Maintenance
  • Project Management
  • Microcontroller
  • Industrial Safety
  • Drive Technology
  • Final Year Project 1
  • Automation System Installation
  • Automation System Commissioning
  • Process Control
  • Final Year Project 2
  •  Latihan Industri

 

Kemudahan/ Fasiliti


Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah :

  • Makmal Computer System
  • Makmal CAD Drafting
  • Makmal Mekatronik 1
  • Makmal Mekatronik 2
  • Makmal Sistem Automasi
  • Makmal Robotik
  • Makmal CNC
  • Makmal CIM
  • Makmal Instrumentasi
  • Bengkel Fabrication & Fitting
  • Wiring Bay

 

Pengambilan Pelajar


Pengambilan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun (kemasukan sesi Januari dan Julai) 

Sesi Januari:

Sesi Julai:

  • Secara atas talian (online) di laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://upu.mohe.gov.my
  • Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN, ATM dan juga SMS Banking.