Mesyuarat Kerjasama Strategik Bersama ICCCM
ADTEC JTM Kampus Batu Pahat terus komited memperkukuh jaringan strategik menerusi mesyuarat bersama ICCCM yang berlangsung di Shah Alam pada 17 April 2026. Mesyuarat ini adalah merupakan kesinambungan daripada kunjungan pada 10 April 2026, yang lalu.
Pertemuan yang melibatkan Pengarah ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, Ts. Dr. Muhammad bin Yusof, bersama Ms. Loo Hui Ann, Managing Director ICCCM, menumpukan kepada kerjasama penganjuran Karnival Kerjaya, pelaksanaan program ADi, pembangunan Transnational Education Partnership serta perkongsian jaringan strategik.
Usaha ini diharapkan menjadi pemangkin pembangunan bakat TVET yang lebih kompetitif, disamping memperluas kerjasama strategik hingga ke peringkat global.