Rancangan Malaysia Ke-7
ADTEC JTM Kampus Batu Pahat dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 di kawasan seluas 50 ekar di Jalan Tanjung Laboh, lebih kurang 8 km dari Bandar Batu Pahat. ADTEC JTM Kampus Batu Pahat siap dibina mengikut jadual pada bulan Oktober 2000 dan memulakan operasi pada bulan Januari 2001 dengan bilangan pelatih seramai 113 orang dalam lima (5) bidang kursus.


Dirasmikan Oleh
ADTEC JTM Kampus Batu Pahat telah dirasmikan serentak bersama 8 lagi buah ADTEC JTM yang lain yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato’ Seri Tuan Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. ADTEC JTM Kampus Batu Pahat telah diwakilkan oleh YB Tuan Haji Ahmad Zahir Bin Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Guna Tenaga, Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor Darul Takzim pada 11 Januari 2003.
