Lawatan Kerjasama Strategik ke Super Micro Computer Malaysia

Lawatan Kerjasama Strategik ke Super Micro Computer Malaysia
Dalam usaha memperkukuh sinergi industri–TVET, ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang diketuai oleh Ts. Dr. Muhammad bin Yusof selaku Pengarah telah mengadakan lawatan rasmi ke Super Micro Computer Malaysia Sdn. Bhd. yang beroperasi di Senai, Johor, anak syarikat Super Micro Computer, Inc. (Supermicro), peneraju teknologi global dalam pelayan berprestasi tinggi, pusat data dan AI yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Turut serta dalam lawatan pada 8 April 2026 adalah JPK Wilayah Selatan.
 
Lawatan ini memacu pengukuhan kerjasama strategik TVET–industri dalam pelaksanaan LI, apprenticeship, perkongsian teknologi dan monetizing. Menariknya, 5 orang pelajar Diploma Teknologi Komputer Rangkaian kini sedang menjalani LI di syarikat ini bermula 5 Januari 2026, sekali gus menjadi kumpulan perintis yang membuka lembaran baharu dalam kerjasama strategik ini. Delegasi turut berpeluang berinteraksi secara langsung bersama pelajar LI serta alumni yang kini berkhidmat sebagai Senior IT System Engineer di industri berkenaan.
 
Lawatan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati, penyerahan dokumen kerjasama serta sesi bergambar sebagai simbolik hubungan erat antara institusi dan industri. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkasa dalam melahirkan graduan TVET berkemahiran tinggi, berdaya saing serta memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Research Center

Mesyuarat Kerjasama Strategik Bersama ICCCM

Mesyuarat Kerjasama Strategik Bersama ICCCM
ADTEC JTM Kampus Batu Pahat terus komited memperkukuh jaringan strategik menerusi mesyuarat bersama ICCCM yang berlangsung di Shah Alam pada 17 April 2026. Mesyuarat ini adalah merupakan kesinambungan daripada kunjungan pada 10 April 2026, yang lalu.
 
Pertemuan yang melibatkan Pengarah ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, Ts. Dr. Muhammad bin Yusof, bersama Ms. Loo Hui Ann, Managing Director ICCCM, menumpukan kepada kerjasama penganjuran Karnival Kerjaya, pelaksanaan program ADi, pembangunan Transnational Education Partnership serta perkongsian jaringan strategik.
 
Usaha ini diharapkan menjadi pemangkin pembangunan bakat TVET yang lebih kompetitif, disamping memperluas kerjasama strategik hingga ke peringkat global.