Cemerlang @CITEC JTM 2024

Cemerlang @CITEC JTM 2024

Pasukan ADTEC Batu Pahat cemerlang apabila berjaya meraih 2 Emas, 8 Perak dan 1 Gangsa dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) JTM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. Pertandingan peringkat akhir berlangsung selama dua hari bertempat di Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka pada 6 dan 7 Mac 2024. 

Pertandingan CITEC JTM 2024 dengan tema "Kelestarian Inovasi, Teras Kemajuan TVET Madani" telah berjaya menarik sebanyak 246 penyertaan dari pelbagai agensi awam dan swasta termasuk dari Institut Pengajian Tinggi (IPT), Institut Latihan Kemahiran (ILK), Jabatan Kerajaan dan sekolah. 222 daripada jumlah penyertaan tersebut layak ke peringkat akhir. Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan iaitu mekanikal, elektrik & elektronik, teknologi maklumat & telekomunikasi, sivil & bagunan, teknologi awan, alam sekitar dan teknologi hijau dan teknologi makanan.

Pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih projek yang berpotensi untuk diketengahkan dan dicalonkan ke pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

 

 

Related Articles